Sunday, December 12, 2010


MPS bermaksud Modular Production System iaitu Sistem Pengeluaran Bermodul.MPS adalah suatu sistem yang menguji benda kerja dari pelbagai aspek seperti warna, saiz, ketinggian dan lain-lain. MPS terdapat banyak station yang setiapnya mempunyai peranan tersendiri dalam sistem ini.MPS banyak diguna pakai dalam institut latihan kemahiran sebagai sistem pembelajaran yang mempunyai banyak faedah dengan mempelajarinya.

Suatu aplikasi penting automasi perindustrian dalam sistem pengeluaran ialah penggunaan Modular Production System (MPS) yang berfungsi sebagai stesen ujian automatik.Terdapat banyak jenis sensor dan teknologi baru yang digunakan pada station-station MPS.

MPS merupakan medium bagi stesen ujian dibina dengan menggunakan bersama dengan unit PLC dalam kawalan sistem automatik. Tujuan kajian ini ialah untuk menunjukkan penggunaan  elektro-pneumatic dan prinsip-prinsip pneumatik dalam membina sebuah alat dengan memerhatikan dan memeriksa perbezaan ketinggian suatu objek dalam garis pengeluaran perindustrian.
Selain fungsi untuk memeriksa perbezaan ketinggian satu benda-benda.Dalam operasi itu menguji stesen, pengesan-pengesan telah digunakan sebagai peranti input kepada PLC dan menjanakan serta mengeluarkan isyarat biasa untuk mengawal penggerak.

MPS DISTRIBUTION STATION         

                                                    


  • Fungsi utama Distribution Station adalah mengasingkan workpiece daripada Stack magazine module.Distribution Station dilengkapi dengan ejecting cylinder,swivel arm dan beberapa komponen penting yang lain.
  • Satu Double acting cylinder berfungsi sebagai penolak workpiece yang bergerak menolak workpiece ke set point.
  • Transfer module pula berfungsi pemindah yang memindahkan workpiece dengan mengangkat workpiece dari Stack magazine module ke station yang berikutnya.Ianya dijanakan oleh kuasa pneumatik dengan menggunakan tekanan yang sesuai iaitu 6 bar.Vacuum menyedut workpiece dan diangkat menggunakan Swivel arm dan dipindahkan dari Stack magazine module ke station berikutnya.

MPS TESTING STATION

                                           

  • Testing station mempunyai banyak proses kerja yang melibatkan banyak sensor.Penggunaan sistem automasi adalah salah satu daripada beberapa kaedah-kaedah digunakan untuk meningkatkan produktiviti tanpa mempengaruhi kualiti produk-produk.
Testing Station mengasingkan workpiece mengikut warna hitam atau bukan hitam.Workpiece akan diasingkan pada slide yang berbeza. 

MPS PROCESSING STATION

                                              

·         Processing Station adalah station untuk langkah membentuk dari perubahan pemesinan dan pencantuman.
·         Fungsi station ini ialah memeriksa sifat -sifat workpiece samada telah betul tempatnya dan dilubangkan,memesin workpiece dan membekalkan workpiece kepada turutan station yang berikutnya.
·         Terdapat Drilling Machine pada station ini yang melicinkan lubang pada workpiece. 



MPS HANDLING STATION                             

                                              

  • Handling Station dilengkapi dengan dua paksi peranti pengendalian yang fleksibel.Ianya dijanakan oleh kuasa pneumatik. Workpiece diselitkan ke dalam gripper dan dikesan oleh satu sensor optikal. Peranti pengendalian mengesan workpiece dengan bantuan satu pencengkam pneumatik.
  • Gripper dilengkapi dengan sensor optikal yang membezakan workpiece berwarna hitam atau bukan hitam.Workpiece tersebut seterusnya diletakkan pada slide yang berbeza mengikut kriteria yang dikehendaki.Pengkelasan workpiece mengikut jenis boleh dilakukan sekiranya station boleh dihidupkan.
MPS BUFFER STATION

                                         

·         Buffer Station adalah station yang menimbal workpieces.Terdapat conveyor yang bergerak secara linear yang membawa workpiece diatasnya dan menimbal workpiece serta mengasingkannya.
·         Terdapat sensor pemantul cahaya pada awal pergerakan konveyor yang mengesan kehadiran workpiece.Through beam sensor juga terdapat pada konveyor tersebut.



MPS ROBOT STATION

                                       

·         Stesen Robot boleh mengangkut workpieces yang dihantar melalui satu slaid dan meletakkan workpieces dalam pemegang. Penderia dalam pencengkam membolehkan robot untuk membezakan workpieces oleh warna (hitam / tidak hitam).
Penderia dalam pemegang mengawasi orientasi kerja. Dari kawasan pemegang robot mengasingkan workpieces ke dalam pelbagai tempat himpunan atau melalukan workpiece ke stesen hilir. Gabungan dengan stesen perhimpunan memudahkan pemasangan workpieces.

MPS ASSEMBLY STATION

                                         

·         Assembly Station adalah station bagi pemasangan workpiece daripada station yang sebelumnya.Station ini berperanan membuat pemasangan workpiece yang telah dimesin dan dibuat lubang padanya.
·         Bahagian-bahagian yang ingin dipasang diletakkan pada tempat penyimpan yang berbeza.  
·         Station ini berkerja bersama Robot Station.
·         Membekalkan komponen silinder untuk proses pemasangan.
·         Satu double acting cylinder menolak topi silinder daripada timbunan magazine.Omboh disimpan pada satu pallet dan double acting cylinder menolak spring keluar dari magazine.


MPS PUNCHING STATION

                                            

  • Station ini menekan benda kerja ke dalam perumahnya.Penggerak putaran atau linear bergerak menggerakkan perumah tersebut dengan memasukkan dengan tekanan.
  • Benda kerja yang telah selesai menjalankan operasi tersebut diangkut kepada kedudukan pemindahan menggunakan penggerak linear.
  • Satu penderia berselerak optik disertakan untuk lengan penggerak untuk mengesan benda kerja. Penekan dipantau dan dipamerkan menggunakan penderia tekanan analog. Penekan dalam kelajuan dan kedalaman boleh diubah-ubah dengan kedua-dua secara manual melalui pendikit dan pengatur tekanan dan secara elektronik dengan melalui pengatur.
 
MPS SORTING STATION

                                                

  • Sorting Station adalah station yang mempunyai konveyor yang terbahagi kepada sistem pengasingan workpiece.
  • Pengkelasan berbeza mengikut workpiece.Workpiece yang bergerak diatas konveyor ini akan diproses maklumat tentang workpiece tersebut dan gate akan terbuka atau tertutup bagi mengasingkan workpiece tersebut.
  • Workpiece dikelaskan mengikut warna dan bahan.
  • Gate yang menolak workpiece adalah digerakkan oleh silinder pneumatik yang bergerak secara memusing bagi mengasingkan workpiece.